Saturday, December 26, 2009

Reunion SMD 2010

REUNION SMD 2010 KEMBALI LAGI!!!


Assalamualaikum kepada semua warga Ex SMD POLISAS

~Melalui perbincangan yang dijayakan oleh wakil - wakil kelas akan diadakan reunion seperti di bawah:


Tempat: Rumah Rehat TNB, Port Dickson, Negeri Sembilan

Masa: 6.00 petang (Jumaat) - 12.00 Tenghari (Ahad)

Tarikh: 12 Feb 2010 - 14 Feb 2010(3H 2M)

Bayaran: RM 70.00/Seorang


~Bayaran termasuk penginapan, makanan, kenderaan dan juga BBQ.

~Sila Sahkan kehadiran anda kepada Pejo(Bagi Lelaki) dan Eleeza (Bagi Perempuan)dan Bank In ke Dalam Akaun Maybank 1648016442 atas nama ELEEZA BINTI ZAINI sebelum 30/01/2010.

~Segala pertanyaan sila hubungi Intan (0125095161) atau Eleeza 017-3680962.


*Sahkan kehadiran anda secepat mungkin untuk memudahkan urusan penginapan dan juga aktiviti yang dirancangkan. Kerjasama anda amat kami hargai..

Sekian terima Kasih..


exSMD Club

Wednesday, December 9, 2009

1st Reunion SMD - part 2




Acara pagi ni bermula dengan melawat rumah lecturer kami Puan Nordahila yg baru bersalin, kunjungan kami disambut mesra oleh husband Pn Nordahila dan baby perempuan yg comel miut..Kebetulan Pn Yasmin Adlina juga melawat Pn Nordahila maka terjadi la sesi bergambar lagi..Bergambar kenang - kenangan ngan Baby Baru Pn Nordahila

Fiza tak sabar nak timang anak la tu =p

Pn Yasmin Adlina & anak-anaknya

Terima Kasih Puan!

K.A.M.I

Sesudah acara mengunjungi Pn Nordahila kami meneruskan program yg telah dianjurkan oleh Team Admin ~ Bowling~
Matt bz meregister nama player tp bdk2 kat belakang tu sempat gak posing

Eddy menangis setelah balingan nya selalu masuk longkang

double strike tu =)

ni dia johan bowling - Cik Nursyuhadah ehem ehem En Fauzi =)

Shira posing lg kali ni ngan bola bowling plak

Acara penutup diteruskan lagi dengan kunjungan ke umah Pn Akmaruljehan di Bandar Indera Mahkota. Kedatangan kami disambut dengan hidangan teh dan goreng pisang serta kuih muih.

Jejaka hensem bergambar dengan Pn Akmaruljehan

Halimantun, Eddy dan Pn Akmaruljehan

Bergambar kenang-kenangan dengan Pn Akmaruljehan

Terima Kasih Pn Akmaruljehan!

Tepat pukul 6.30 ptg masing - masing pulang kediaman dengan perasaan bangga dan riak..hehehe Insya Allah tahun depan 2010 kita akan bertemu lagi di Port Dickson pulak..
Terima Kasih diucapkan kepada team member yg dapat meluangkan masa menyertai Program Reunion pertama kali ini..Salam daripada Team Admin ExSMDPolisas

Saturday, December 5, 2009

1st Reunion SMD - part 1

Assalamualaikum semua sorry la lama xposting..balik je dr kuantan tempoh hari terus masuk keje pastu byk duk umah membesarkan perut yg dah sedia besau ni..Ok la kat sni saya selaku kuli yg telah diamanahkan akan menyiarkan perkara yg berlaku ketika Majlis Reunion SMD di Kuantan pada 30 & 31 October 2009..Pihak Admin jugak mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua team member yg dpt meluangkan masa mengikuti program Reunion ini..
Antara team member yg mengikut program ini adalah Pejo, Eddy, Nasa, Matt, Faiz, Shira, Fiza, Mantun, Bibah, Zila, Siti dan Zana.

Aturcara dimulakan dengan berkumpul di Annexe yg menjadi tempat penginapan kami sepanjang majlis ini berlangsung. Selepas solat maghrib di bilik masing2 kami dibawak ke Tanjung Lumpur utk acara menggemokan badan..

Menu kami pada malam tu adalah nasi putih, Sotong goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam, ikan siakap 3 rasa dan air tembikai..sila lihat gambar dibawah betapa lahap nye kami =)


muka kekenyangan
Zila dan husband nye lupe plak nama ape
sesudah kenyang

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan
3 org budak gemok, paling gemok fiza =)
kepoyoan terserlah
masing2 bajet cute
mantun ngan siti
zana dan shira siap wat posing lg

Sesudah kenyangkan perut masing2 acara diteruskan dengan bersantai sambil menghirup udara malam di pantai Teluk Cempedak..Kami disajikan dengan chupcake yg dibuat oleh adik Matt Fauzy.
Pejo pantang ade peluang mesti nak snap pic
Nasa ngan Eddy kalu bab makan xingat org sokmo..cik fiza sempat lg beronline risau pakwe marah gamatnye =)
Chupcake yg dibawa khas dr KL utk reunionSempat lg berposing Eddy ngan Shira
Pejo, Matt, Shira dan Bibah
Eddy, Shira, Bibah, Mantun & Fiza
Matt & Fiza =)Pantang nampak camera mesti nak gedik =p

Acara pada malam itu tamat disini, masing2 balik ke bilik masing2 utk acara tido..