Saturday, December 26, 2009

Reunion SMD 2010

REUNION SMD 2010 KEMBALI LAGI!!!


Assalamualaikum kepada semua warga Ex SMD POLISAS

~Melalui perbincangan yang dijayakan oleh wakil - wakil kelas akan diadakan reunion seperti di bawah:


Tempat: Rumah Rehat TNB, Port Dickson, Negeri Sembilan

Masa: 6.00 petang (Jumaat) - 12.00 Tenghari (Ahad)

Tarikh: 12 Feb 2010 - 14 Feb 2010(3H 2M)

Bayaran: RM 70.00/Seorang


~Bayaran termasuk penginapan, makanan, kenderaan dan juga BBQ.

~Sila Sahkan kehadiran anda kepada Pejo(Bagi Lelaki) dan Eleeza (Bagi Perempuan)dan Bank In ke Dalam Akaun Maybank 1648016442 atas nama ELEEZA BINTI ZAINI sebelum 30/01/2010.

~Segala pertanyaan sila hubungi Intan (0125095161) atau Eleeza 017-3680962.


*Sahkan kehadiran anda secepat mungkin untuk memudahkan urusan penginapan dan juga aktiviti yang dirancangkan. Kerjasama anda amat kami hargai..

Sekian terima Kasih..


exSMD Club

Wednesday, December 9, 2009

1st Reunion SMD - part 2




Acara pagi ni bermula dengan melawat rumah lecturer kami Puan Nordahila yg baru bersalin, kunjungan kami disambut mesra oleh husband Pn Nordahila dan baby perempuan yg comel miut..Kebetulan Pn Yasmin Adlina juga melawat Pn Nordahila maka terjadi la sesi bergambar lagi..Bergambar kenang - kenangan ngan Baby Baru Pn Nordahila

Fiza tak sabar nak timang anak la tu =p

Pn Yasmin Adlina & anak-anaknya

Terima Kasih Puan!

K.A.M.I

Sesudah acara mengunjungi Pn Nordahila kami meneruskan program yg telah dianjurkan oleh Team Admin ~ Bowling~
Matt bz meregister nama player tp bdk2 kat belakang tu sempat gak posing

Eddy menangis setelah balingan nya selalu masuk longkang

double strike tu =)

ni dia johan bowling - Cik Nursyuhadah ehem ehem En Fauzi =)

Shira posing lg kali ni ngan bola bowling plak

Acara penutup diteruskan lagi dengan kunjungan ke umah Pn Akmaruljehan di Bandar Indera Mahkota. Kedatangan kami disambut dengan hidangan teh dan goreng pisang serta kuih muih.

Jejaka hensem bergambar dengan Pn Akmaruljehan

Halimantun, Eddy dan Pn Akmaruljehan

Bergambar kenang-kenangan dengan Pn Akmaruljehan

Terima Kasih Pn Akmaruljehan!

Tepat pukul 6.30 ptg masing - masing pulang kediaman dengan perasaan bangga dan riak..hehehe Insya Allah tahun depan 2010 kita akan bertemu lagi di Port Dickson pulak..
Terima Kasih diucapkan kepada team member yg dapat meluangkan masa menyertai Program Reunion pertama kali ini..Salam daripada Team Admin ExSMDPolisas

Saturday, December 5, 2009

1st Reunion SMD - part 1

Assalamualaikum semua sorry la lama xposting..balik je dr kuantan tempoh hari terus masuk keje pastu byk duk umah membesarkan perut yg dah sedia besau ni..Ok la kat sni saya selaku kuli yg telah diamanahkan akan menyiarkan perkara yg berlaku ketika Majlis Reunion SMD di Kuantan pada 30 & 31 October 2009..Pihak Admin jugak mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua team member yg dpt meluangkan masa mengikuti program Reunion ini..
Antara team member yg mengikut program ini adalah Pejo, Eddy, Nasa, Matt, Faiz, Shira, Fiza, Mantun, Bibah, Zila, Siti dan Zana.

Aturcara dimulakan dengan berkumpul di Annexe yg menjadi tempat penginapan kami sepanjang majlis ini berlangsung. Selepas solat maghrib di bilik masing2 kami dibawak ke Tanjung Lumpur utk acara menggemokan badan..

Menu kami pada malam tu adalah nasi putih, Sotong goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam, ikan siakap 3 rasa dan air tembikai..sila lihat gambar dibawah betapa lahap nye kami =)


muka kekenyangan
Zila dan husband nye lupe plak nama ape
sesudah kenyang

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan
3 org budak gemok, paling gemok fiza =)
kepoyoan terserlah
masing2 bajet cute
mantun ngan siti
zana dan shira siap wat posing lg

Sesudah kenyangkan perut masing2 acara diteruskan dengan bersantai sambil menghirup udara malam di pantai Teluk Cempedak..Kami disajikan dengan chupcake yg dibuat oleh adik Matt Fauzy.
Pejo pantang ade peluang mesti nak snap pic
Nasa ngan Eddy kalu bab makan xingat org sokmo..cik fiza sempat lg beronline risau pakwe marah gamatnye =)
Chupcake yg dibawa khas dr KL utk reunionSempat lg berposing Eddy ngan Shira
Pejo, Matt, Shira dan Bibah
Eddy, Shira, Bibah, Mantun & Fiza
Matt & Fiza =)Pantang nampak camera mesti nak gedik =p

Acara pada malam itu tamat disini, masing2 balik ke bilik masing2 utk acara tido..

Monday, November 2, 2009

Terima Kasih Kepada Semua....


Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,
Disini pihak admin ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua kerana hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami....
pihak admin juga memohon maaf jika ader kekurengan sepanjang reunion berlangsung.....
Sekian terima kasih,
jawatan kuasa bertindak
mohd pejo

Thursday, October 22, 2009

Tempat Berkumpul Majlis Reunion SMD..

salam semua...

Untuk Makluman dan perhatian kawan2...
setelah diputuskan dan diperbincangkan oleh jawatan kuasa..
reunion akan diadakan mengikut jadual asal...
tiada perubahan yg di buat disebabkan faktor masa yg semakin suntuk...

Disini juga saya mengalu-alukan kehadiran semua walaupun ader segelintir kawan2 yg tidak mendapat surat jemputan....
Tempat berkumpul adalah di esplenet Kuantan....
Bagi mereka yg menaiki bus boleh menghubungi Mohd Pejo @ Matt Fauzy untuk menjemput anda nanti...

Bagi mereka yg Bergerak dari Kuala Lumpur boleh merancang perjalanan anda Untuk berkonvoi bersama....

Sekian

"Seiring Menerajui Dunia"

Majlis Reunion exSMD POLISAS

Setelah penat, perit, sakit hati , kami dengan perasaan gembira, takbur serta riak mengumumkan Majlis Reunion exSMD POLISAS yang pertama kali nya akan diadakan pada:
Tarikh: 30 & 31 Oktober 2009
Tempat : Kuantan, Pahang Darul Makmur

Sila sahkan kehadiran anda kepada En Faizul Samat (Pejo) nombor telefon 0139874340.
Bersama sama lah kita memeriahkan majlis ini. Wasalam..

Thursday, October 15, 2009

Mana hilangnya semangat kesepakatan kita masa dahulu

Assalamualaikum Team Member,

Dah lama tak post kat blog ni sejak ditabir oleh pihak admin.. First nak ucapkan terima kasih kepada sume team member sebab dapat layari blog xseberape ni & thanks to team admin yg bertungkus lumus utk menjayakan program reunion yg pertama kali nya yg akan diadakan pada end of October 2009..

Berkenaan dengan program Reunion kita saya merasakan terlalu banyak rintangan & masalah diperlu ditempuhi oleh team admin utk menjayakan program ni..antaranya pemilihan lokasi, kos, activity, & sikap dari team member sendiri..Disini saya sertakan beberape masalahnya:

1) Pemilihan Lokasi
Adalah telah dimaklumkan bahawa kita bersatu sebagai team member bermula di POLISAS Kuantan, dimana disitu kita belajar tentang kehidupan sbg sorg student yg perlu berdikari..Dan di Kuantan la terdapat memory suka duka kita bersama..Oleh itu adalah bersesuai dengan memilih Kuantan sebagai lokasi Reunion yg pertama.. Ingatkah kembali janji-janji kita dahulu sebelum meninggalkan bumi Kuantan (semasa perkhemahan di balok) bahawa kita akan berkumpul semula di Kuantan utk program Reunion kita?? Dan Kuantan jugak bersesuaian kerana lokasi nya yg ditengah-tengah..Kami ada menerima cadangan last minute yang mahu diadakan di sekitar Kuala Lumpur, Genting dan lain2 tempat..Kami menerima keputusan itu dengan hati yg berat dan muke ketat..

2) Kos

Kos yg dibincangkan adalah sekitar bawah RM 80 seorg termasuk makan minum dan penginapan 2hari 1 malam, tetapi ada beberapa cadangan yg mahu harga diturunkan, kami pihak admin sepakat menentapkan harga sekitar RM 50 seorg tidak termasuk penginapan.

3) Activity

Pihak admin masih lagi tidak menentapkan bentuk activity utk program Reunion pertama kali ini, pihak admin masih lagi berharap agar team member dapat menyumbangkan idea bagi memuaskan hati kesemua team member. Tetapi konsep utk activity lebih kepada konsep relaks n santai..

Ini adalah bentuk ketidak kesepakatan kesemua team member untuk menjayakan program Reunion ini, adalah dimaklumkan pihak admin yg diketuai oleh En.Faizul Samat @ Pejo telah bersusah payah menghantar jemputan melalui surat kepada semua team member utk bertanya kan tentang perkara berbangkit ini..Pihak Admin tidak menerima sebarang bentuk bantahan atau cadangan sepanjang tempoh feedback..Amatlah malang apabila tarikh dicadangkan yg semakin hampir, kebanyakan team member tidak beri feedback dan tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan.. keengganan team member utk menjayakan program ini di Kuantan adalah bentuk ketidak sepakatan dibandingkan dengan waktu dahulu..Adalah tidak adil bagi team member yg lain yg tinggal di Kelantan, Terengganu & Johor, dan ada setengah team member yang bersetuju secara lisan utk diadakan di Kuantan. Oleh itu saya mengambil keputusan utk tidak mengikut serta dalam program Reunion pertama kali ini, saya masih lagi berpegang pada janji-janji dahulu yang mahu diadakan di Kuantan dan berdasarkan keadilan semua pihak..Maaf dari saya andai tulisan yg saya postkan ini menguris hati team member, saya hanya menegur utk kebaikan semua pihak..

Wasalam,
Matt Fauzy

Friday, October 9, 2009

PENGESAHAN KEHADIRAN..

Salam Muhibbah Kepada Semua Kawan2...

sehingga kini pihak admin masih lagi belum mendapat maklum balas berkenaan kehadiran oleh kawan2 semua...
jadi disini pihak admin meminta jasa baik semua untuk membuat pengesahan kehadiran bagi memudahkan pihak admin melaksanakan tugas...

untuk pengesahan kehadiran boleh berbuat demikian melalui :
1. matt Fauzy - 0132381674
2. Mohd pejo - 0139874340 / pejo_smd@hotmail.com
3. http://exsmdpolisas.blogspot.com (ruangan pengesahan kehadiran)

kerjasama dan perhatian dari semua saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih...

sekian dahulu dari pihak admin,

jawatankuasa bertindak,
mohd pejo

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raye Aidilfitri!!!

Aidilfitri '09
Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..

Disini, pihak admin ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:

TERkasar bahas,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam 'TER' lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...
MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA aDa TiKaNyA
MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI
TeRsaLaH MeNDuGa.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN........

Tuesday, September 15, 2009

Mereka Yang Masih Tiada Alamat......

salam muhibbah kepada kawan2 semua....

seperti yang semua ketahui reunion akan diadakan pada 30 & 31 oktober 2009 di kuantan pahang.....

Saya memohon jasa baik kawan2 untuk membantu saya mencari alamat mereka yg tertera nama di bawah kerana sehingga kini saya masih lagi gagal menghubungi mereka....

No telefon yg saya dapat tidak dapat dihubungi...
mereka yang bertuah adalah :

Eddy
Ajoy
Azid

Amalina
Azihan
Kalsom
Norisyawani
Norhlipa
Noridah
Samsuria
Aishah
Syukriah

Mohon kerjasama semua untuk mencari alamat die orang...
Kalau dah dapat tolong send mesej kat pejo no 0139874340 atau e-mail pejo_smd@hotmail.com

kerjasama dari semua saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih....

Seiring Menerajui Dunia

jawatankuasa bertindak.
mohd pejo

Friday, September 4, 2009

No fon amalina & Aishah!!!

assalamualaikum kepada semua...
mintak tolong sesape yang ader no phone AMALINA NAJIHA BT GHANI & SITI AISHAH BINTI UMAR......
tolong send sms kat pejo secepat mungkin...
tinggal die 2 orang je lagi yang aku tak dapat dikesan....

sekian,

jawatankuasa bertindak.
pejo

Thursday, September 3, 2009

Untuk Perhatian Semua!!!

salam semua....
Disini saya meminta jasa baik kawan2 semua untuk membantu saye dalam mengumpul alamat dan email kawan2 semua...
Diharap kepada sesiapa yang masih belum berbuat demikian supaya menghantar sms alamat & email anda kepada pejo di talian 013-9874340.

kerjasama dan perhatian kawan2 semua saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih....

sekian dahulu dari saya...

jawatankuasa bertindak,
mohd pejo....

Tuesday, August 18, 2009

Maklumbalas Dari Semua...

salam..
kepada kawan2 semua, diharap dapat memberi sumbangan idea kepada admin bagi menjayakan majlis reunion ini...
Ini adalah untuk menambah baik dan melancarkan lagi majlis yang akan diadakan...
sehingga kini masih ramai lagi yang belum membuat pengesahan kehadiran kepada pihak admin.. kami pihak admin berharap sangat kawan2 semua boleh memberikan kerjasama serta kepercayaan kepada pihak admin untuk menjalankan tugas...

sekian dulu dari pihak admin.

Monday, August 3, 2009

reunion smd...




kepada semua kawan2....
sila beri pandangan anda mengenai reunion yang akan diadakan...
sampai hari nie ramai lagi yang tak comform ngan aku nak follow...
i hope you all boleh bagi kerjesama kat aku coz bukan selalu kite dapat jumpe...

kerjasama dari kawan2 semua amat dihargai...

sekian dahulu dari aku...
"seiring menerajui Dunia"


Wednesday, July 29, 2009

Cadangan Aktiviti


seperti semua sedia maklum...reunion akan diadakan pada 30 & 31 Oktober 2009.
di sini pihak admin mengemukakan serba sedikit berkaitan aktiviti yang akan dijalankan...

30/10/09 (Jumaat)
06.00pm - Berkumpul di kuantan (tempat di esplenet)
09.00pm - Makan Malam (tanjung lumpur).
11.00am - Bersantai di TC @ Balok...

31/10/09 (Sabtu)
09.00am - Sarapan pagi
10.00am - pertandingan Bowling Berpasukan @ buat istana pasir kat balok...
12.00tgh - makan tengahari
01.00pm - Bersurai...

**kalau ade pe2 cadangan yang lebih menarik sila hubungi pihak admin atau korang bagi je komen kat sini...nanti kite orang akan ambil tindakan...


Tuesday, July 28, 2009

Reunion Smd Sesi 2004/2006

Assalamualaikum kepada semua Kawan2..
Memandangkan plan reunion Dulu tak jadi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan... aku sekali lagi akan menganjurkan reunion untuk budak2 "SMD" yang berminat nak hadir.. Tiada paksaan dalam menghadirkan diri anda kerana keputusan terletak di tangan anda... aku cuma menjalankan tanggungjawab saja.. kalau sesiapa yang berminat nak join sila baca perenggan yang seterusnya..













1st reunion date : 30-31 Oktober 2009 (Jumaat & Sabtu)
Venue : Kuantan Pahang
Rate : RM50.00

Mungkin ramai yg beranggapan “lambat lagi..” Can I say “NO!u wrong!”???nak dekat nie..Kita akan mengadakan function ini selama 2 hari 1 malam..Pihak admin akan memulakan kerja2 pengurusan bermula dari sekarang…Tugas pertama: mengumpul dan mencari phone number kawan2 kita…sebelum 01.10.2009…pihak admin juga berharap sangat agar korang sume dapat membantu kami..kalu ade id yahoo messenger lg bagus kerna pihak admin kan mengupdate melalui ym jugak..Tugas Kedua : Meliputi search rate for chalet @ rumah rehat@ homestay atau sewaktu dengannya. (tema, makanan, aktiviti dan lain-lain lagi) utk research ni pihak admin akan turun kuantan utk membuat research!! date utk menjalankan research akan ditentukan nnt..Insyallah..We try to get the best rate 4 us…

Ha..Pesanan kepada korang sume!!!Korang dah boleh tick kan or bublekan date dalam calendar/diari/handpone/pda korg ye….Sekali lagi..Thanx to all of u yg sudi menjeguk blog ini…Harap anda sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa…Thanx..rojer n out..

Monday, April 13, 2009

Kata-Kata Aluan dari Pentadbir Blog..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu dan salam sejahtera.Alhamduliah akhirnya berjaya jugak saya mencipta blog SMD POLISAS ini,Saya amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh rakan - rakan semua untuk mencipta blog ini khas untuk tatapan anda semua..(padahal takde discuss ngan sape2 pun). Oleh itu saya berharap agar blog ini dapat menyambung kembali tali persahabatan kita yg terputus.Dan saya juga amat berbesar hati kerana diberi penghormatan untuk merasmikan blog ini. Kepada sume bekas pelajar SMD sila la mengisi Borang Kaji Selidik yg disediakan didalam blog ini. Oleh itu dengan ini...Saya, dengan rase bangga, riak, sombong serta bongkak dengan rasminya merasmikan blog ini untuk tatapan anda semua..Gunakan ia tanpa was-was..Sekian terima kasih..Amin.

Penubuhan Blog SMD POLISAS

Disini segalanya bermula...


Blog ini ditubuhkan khas sebagai mengimbau kenangan pelajar kursus Sijil Pemprosesan Data 2004/2006, selain itu blog ni juga dapat menjalinkan kembali tali persahabatan yg terputus selepas tamat sesi pembelajaran di POLISAS dulu... Semua pelajar SMD POLISAS 2004/2006 dijemput untuk sama-sama update/post sebarang artikel yg berkaitan perkembangan atau kenangan diantara kita untuk memeriahkan lagi blog ini. Jika ingin berbuat demikian, sila sign in menggunakan ID yahoo atau gmail masing-masing. Sebarang masalah sila contact pihak Admin..
Bergambar kenangan bersama En.Wan Syukri (Penasihat Akademi yg sempoi)
Bergambar kenangan bersama Pn. Latifah Sisam (Ketua Unit SMD)

Bergambar kenangan bersama master kami Pn.Akmaruljehan


**Kepada Pensyarah-pensyarah yg sudi meluangkan masa meninjau blog ini, sudi kiranya untuk meninggalkan sebarang nota sebagai tanda ingatan. Sesungguhnya kalian sentiasa dihati kami..Saya mewakili pelajar yg lain ingin mengucapkan byk2 terima kasih kepada pensyarah sume kerana berjaya membimbing kami sehingga berjaya dihari ini..


Bergambar kenangan bersama Sifu kami En.Hafaz Ngah


pelajar2 smd pantang nampak camera!

With our Otai in Programming Pn.Yasmin Adlina

Jejaka2 hensem & Pn Akmaruljehan

Sunday, April 12, 2009

1st Reunion SMD POLISAS 2004/2006


1st reunion date : 29-30 May 2009
Venue : Kuantan Pahang
Rate : tengah fikir nak collect berape..(target bawah rm 100)


Itu antara keputusan yg dpt dicapai berdasarkan panggilan telepon & SMS antara pihak Admin dgn korg semua..mungkin ramai yg beranggapan “lambat lagi..” Can I say “NO!u wrong!”???nak dekat nie..Research pun blum start lg..
Kita akan mengadakan function ini selama 2 hari 1 malam..

Pihak admin akan memulakan kerja2 pengurusan bermula dari sekarang…

Tugas pertama: mengumpul dan mencari phone number kawan2 kita…sebelum 20.04.2009…pihak admin juga berharap sangat agar korang sume dapat membantu kami..kalu ade id yahoo messenger lg bagus kerna pihak admin kan mengupdate melalui ym jugak..

Tugas kedua:membuat research utk menentukan rate yg akan ditetapkan utk korg sekepala..research ni meliputi search rate for chalet @ rumah rehat@ homestay atau sewaktu dengannya. (tema, makanan, aktiviti dan lain-lain lagi) utk research ni pihak admin akan turun kuantan utk membuat research!! date utk menjalankan research akan ditentukan nnt..

Insyallah..
We try to get the best rate 4 us…pray for it…
Ha..
Pesanan kepada korang sume!!!
Korang dah boleh tick kan or bublekan date dalam calendar/diari/handpone/pda korg ye….
Sekali lagi..
Thanx to all of u yg sudi menjeguk blog ini…
Harap anda sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa…
Thanx..rojer n out..

P/S: kepada korg sume yg teringin atau sudi utk menjadi ahli Admin sila berurusan dengan Mohd Fauzi Salleh a.k.a Matt Fauzy by call/sms:013-2381674 atau melalui email matt_fauzy@hotmail.com