Saturday, December 26, 2009

Reunion SMD 2010

REUNION SMD 2010 KEMBALI LAGI!!!


Assalamualaikum kepada semua warga Ex SMD POLISAS

~Melalui perbincangan yang dijayakan oleh wakil - wakil kelas akan diadakan reunion seperti di bawah:


Tempat: Rumah Rehat TNB, Port Dickson, Negeri Sembilan

Masa: 6.00 petang (Jumaat) - 12.00 Tenghari (Ahad)

Tarikh: 12 Feb 2010 - 14 Feb 2010(3H 2M)

Bayaran: RM 70.00/Seorang


~Bayaran termasuk penginapan, makanan, kenderaan dan juga BBQ.

~Sila Sahkan kehadiran anda kepada Pejo(Bagi Lelaki) dan Eleeza (Bagi Perempuan)dan Bank In ke Dalam Akaun Maybank 1648016442 atas nama ELEEZA BINTI ZAINI sebelum 30/01/2010.

~Segala pertanyaan sila hubungi Intan (0125095161) atau Eleeza 017-3680962.


*Sahkan kehadiran anda secepat mungkin untuk memudahkan urusan penginapan dan juga aktiviti yang dirancangkan. Kerjasama anda amat kami hargai..

Sekian terima Kasih..


exSMD Club

Wednesday, December 9, 2009

1st Reunion SMD - part 2




Acara pagi ni bermula dengan melawat rumah lecturer kami Puan Nordahila yg baru bersalin, kunjungan kami disambut mesra oleh husband Pn Nordahila dan baby perempuan yg comel miut..Kebetulan Pn Yasmin Adlina juga melawat Pn Nordahila maka terjadi la sesi bergambar lagi..Bergambar kenang - kenangan ngan Baby Baru Pn Nordahila

Fiza tak sabar nak timang anak la tu =p

Pn Yasmin Adlina & anak-anaknya

Terima Kasih Puan!

K.A.M.I

Sesudah acara mengunjungi Pn Nordahila kami meneruskan program yg telah dianjurkan oleh Team Admin ~ Bowling~
Matt bz meregister nama player tp bdk2 kat belakang tu sempat gak posing

Eddy menangis setelah balingan nya selalu masuk longkang

double strike tu =)

ni dia johan bowling - Cik Nursyuhadah ehem ehem En Fauzi =)

Shira posing lg kali ni ngan bola bowling plak

Acara penutup diteruskan lagi dengan kunjungan ke umah Pn Akmaruljehan di Bandar Indera Mahkota. Kedatangan kami disambut dengan hidangan teh dan goreng pisang serta kuih muih.

Jejaka hensem bergambar dengan Pn Akmaruljehan

Halimantun, Eddy dan Pn Akmaruljehan

Bergambar kenang-kenangan dengan Pn Akmaruljehan

Terima Kasih Pn Akmaruljehan!

Tepat pukul 6.30 ptg masing - masing pulang kediaman dengan perasaan bangga dan riak..hehehe Insya Allah tahun depan 2010 kita akan bertemu lagi di Port Dickson pulak..
Terima Kasih diucapkan kepada team member yg dapat meluangkan masa menyertai Program Reunion pertama kali ini..Salam daripada Team Admin ExSMDPolisas

Saturday, December 5, 2009

1st Reunion SMD - part 1

Assalamualaikum semua sorry la lama xposting..balik je dr kuantan tempoh hari terus masuk keje pastu byk duk umah membesarkan perut yg dah sedia besau ni..Ok la kat sni saya selaku kuli yg telah diamanahkan akan menyiarkan perkara yg berlaku ketika Majlis Reunion SMD di Kuantan pada 30 & 31 October 2009..Pihak Admin jugak mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua team member yg dpt meluangkan masa mengikuti program Reunion ini..
Antara team member yg mengikut program ini adalah Pejo, Eddy, Nasa, Matt, Faiz, Shira, Fiza, Mantun, Bibah, Zila, Siti dan Zana.

Aturcara dimulakan dengan berkumpul di Annexe yg menjadi tempat penginapan kami sepanjang majlis ini berlangsung. Selepas solat maghrib di bilik masing2 kami dibawak ke Tanjung Lumpur utk acara menggemokan badan..

Menu kami pada malam tu adalah nasi putih, Sotong goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam, ikan siakap 3 rasa dan air tembikai..sila lihat gambar dibawah betapa lahap nye kami =)


muka kekenyangan
Zila dan husband nye lupe plak nama ape
sesudah kenyang

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan
3 org budak gemok, paling gemok fiza =)
kepoyoan terserlah
masing2 bajet cute
mantun ngan siti
zana dan shira siap wat posing lg

Sesudah kenyangkan perut masing2 acara diteruskan dengan bersantai sambil menghirup udara malam di pantai Teluk Cempedak..Kami disajikan dengan chupcake yg dibuat oleh adik Matt Fauzy.
Pejo pantang ade peluang mesti nak snap pic
Nasa ngan Eddy kalu bab makan xingat org sokmo..cik fiza sempat lg beronline risau pakwe marah gamatnye =)
Chupcake yg dibawa khas dr KL utk reunionSempat lg berposing Eddy ngan Shira
Pejo, Matt, Shira dan Bibah
Eddy, Shira, Bibah, Mantun & Fiza
Matt & Fiza =)Pantang nampak camera mesti nak gedik =p

Acara pada malam itu tamat disini, masing2 balik ke bilik masing2 utk acara tido..

Monday, November 2, 2009

Terima Kasih Kepada Semua....


Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,
Disini pihak admin ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua kerana hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami....
pihak admin juga memohon maaf jika ader kekurengan sepanjang reunion berlangsung.....
Sekian terima kasih,
jawatan kuasa bertindak
mohd pejo

Thursday, October 22, 2009

Tempat Berkumpul Majlis Reunion SMD..

salam semua...

Untuk Makluman dan perhatian kawan2...
setelah diputuskan dan diperbincangkan oleh jawatan kuasa..
reunion akan diadakan mengikut jadual asal...
tiada perubahan yg di buat disebabkan faktor masa yg semakin suntuk...

Disini juga saya mengalu-alukan kehadiran semua walaupun ader segelintir kawan2 yg tidak mendapat surat jemputan....
Tempat berkumpul adalah di esplenet Kuantan....
Bagi mereka yg menaiki bus boleh menghubungi Mohd Pejo @ Matt Fauzy untuk menjemput anda nanti...

Bagi mereka yg Bergerak dari Kuala Lumpur boleh merancang perjalanan anda Untuk berkonvoi bersama....

Sekian

"Seiring Menerajui Dunia"

Majlis Reunion exSMD POLISAS

Setelah penat, perit, sakit hati , kami dengan perasaan gembira, takbur serta riak mengumumkan Majlis Reunion exSMD POLISAS yang pertama kali nya akan diadakan pada:
Tarikh: 30 & 31 Oktober 2009
Tempat : Kuantan, Pahang Darul Makmur

Sila sahkan kehadiran anda kepada En Faizul Samat (Pejo) nombor telefon 0139874340.
Bersama sama lah kita memeriahkan majlis ini. Wasalam..

Thursday, October 15, 2009

Mana hilangnya semangat kesepakatan kita masa dahulu

Assalamualaikum Team Member,

Dah lama tak post kat blog ni sejak ditabir oleh pihak admin.. First nak ucapkan terima kasih kepada sume team member sebab dapat layari blog xseberape ni & thanks to team admin yg bertungkus lumus utk menjayakan program reunion yg pertama kali nya yg akan diadakan pada end of October 2009..

Berkenaan dengan program Reunion kita saya merasakan terlalu banyak rintangan & masalah diperlu ditempuhi oleh team admin utk menjayakan program ni..antaranya pemilihan lokasi, kos, activity, & sikap dari team member sendiri..Disini saya sertakan beberape masalahnya:

1) Pemilihan Lokasi
Adalah telah dimaklumkan bahawa kita bersatu sebagai team member bermula di POLISAS Kuantan, dimana disitu kita belajar tentang kehidupan sbg sorg student yg perlu berdikari..Dan di Kuantan la terdapat memory suka duka kita bersama..Oleh itu adalah bersesuai dengan memilih Kuantan sebagai lokasi Reunion yg pertama.. Ingatkah kembali janji-janji kita dahulu sebelum meninggalkan bumi Kuantan (semasa perkhemahan di balok) bahawa kita akan berkumpul semula di Kuantan utk program Reunion kita?? Dan Kuantan jugak bersesuaian kerana lokasi nya yg ditengah-tengah..Kami ada menerima cadangan last minute yang mahu diadakan di sekitar Kuala Lumpur, Genting dan lain2 tempat..Kami menerima keputusan itu dengan hati yg berat dan muke ketat..

2) Kos

Kos yg dibincangkan adalah sekitar bawah RM 80 seorg termasuk makan minum dan penginapan 2hari 1 malam, tetapi ada beberapa cadangan yg mahu harga diturunkan, kami pihak admin sepakat menentapkan harga sekitar RM 50 seorg tidak termasuk penginapan.

3) Activity

Pihak admin masih lagi tidak menentapkan bentuk activity utk program Reunion pertama kali ini, pihak admin masih lagi berharap agar team member dapat menyumbangkan idea bagi memuaskan hati kesemua team member. Tetapi konsep utk activity lebih kepada konsep relaks n santai..

Ini adalah bentuk ketidak kesepakatan kesemua team member untuk menjayakan program Reunion ini, adalah dimaklumkan pihak admin yg diketuai oleh En.Faizul Samat @ Pejo telah bersusah payah menghantar jemputan melalui surat kepada semua team member utk bertanya kan tentang perkara berbangkit ini..Pihak Admin tidak menerima sebarang bentuk bantahan atau cadangan sepanjang tempoh feedback..Amatlah malang apabila tarikh dicadangkan yg semakin hampir, kebanyakan team member tidak beri feedback dan tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan.. keengganan team member utk menjayakan program ini di Kuantan adalah bentuk ketidak sepakatan dibandingkan dengan waktu dahulu..Adalah tidak adil bagi team member yg lain yg tinggal di Kelantan, Terengganu & Johor, dan ada setengah team member yang bersetuju secara lisan utk diadakan di Kuantan. Oleh itu saya mengambil keputusan utk tidak mengikut serta dalam program Reunion pertama kali ini, saya masih lagi berpegang pada janji-janji dahulu yang mahu diadakan di Kuantan dan berdasarkan keadilan semua pihak..Maaf dari saya andai tulisan yg saya postkan ini menguris hati team member, saya hanya menegur utk kebaikan semua pihak..

Wasalam,
Matt Fauzy